Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pokok kesom adalah antara herba kampung yang sering dijadikan campuran dalam masakan melayu. Ada antara kita amat mudah untuk menyemai pokok kesom, malah tidak dinafikan ada juga yang amat susah untuk menyemai pokok kesom walaupun pelbagai cara sudah dicuba. Saya juga antara mereka yang pada mulanya amat susah untuk menghidupkannya. Setelah pelbagai cara digunakan, cara semai menggunakan pucuk amat serasi dengan saya.
 |
pokok kesom hasil semaian pucuk berusia lebih kurang 2 minggu |
 |
berusia lebih kurang seminggu |
 |
usia seminggu |
 |
Anak saya pun minat |
 |
hasil cucuk pucuk yang disemai oleh anak saya... persediaan untuk hadiah hari guru 16 may nanti..hehe hadiah hari guru: pokok kesom |
 |
caranya....
|
Apa yang saya lakukan adalah...
sediakan tanah yang lembap untuk memudahkan proses cucuk pucuk. dan letakkan bekas semaian berisi tanah tadi di dalam bekas bertakung air.
# cantas pucuk dari pokok induk (pokok yang masih hidup) lebih kurang 7 cm
# buang daunnya tinggalkan hanya 2 ker 3 helai sahaja bahagian atas pucuk
# terus cucuk ke tanah lembap yang disediakan tadi. bergantung pada size bekas semaian jangan
terlalu padat, anggaran 5 ker 6 cucuk size polybeg 9" x 9" .
# biarkan semain di dalam bekas bertakung air selama seminggu.
# Dalam masa seminggu, tidak perlu letak apa-apa baja. hanya perlu spray semaian pagi dan petang.
# letakkan semaian di tempat redup untuk mengelakkan daun layu dan akhirnya kering. Normalnya daun akan layu (bukan kering) pada tengahari dan akan segar semula keesokan harinya, layu semula pada tengahari segar semula, sehinggalah 4 ker 5 hari ia tidak akan layu langsung.
Selepas seminggu bolehlah dikeluarkan bekas semaian dari bekas bertakung air. Jadilah ia normal seperti pokok lain tanpa air bertakung (bebas nyamuk).
Apabila semaian berusia 2 minggu bolehlah diletak baja samada baja kopi ataupun air beras yang telah direndam semalaman.