Jumaat, 12 April 2013

RTC MELAKA

Rural Transformation Centre ....dirasmikan pada 10 November 2012 oleh YAB Datuk Sri Utama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia....di Kompleks LKIM Kuala Linggi Melaka....Semenjak pelancarannya ini kali kedua kami sekeluarga berkunjung ke sana....dan apa lagi bergambar la......









RTC dibahagian lain....saja nak bergambar di kapal besar tu...lepas jalan-jalan....biasalah, anak lapar...jadi carilah tempat makan....sampai ke Masjid Tanah.....











Selesai makan...pulang lah ke rumah......

Khamis, 11 April 2013

PETUA DI DAPUR

1. HILANGKAN KERAK PERIUK
2.KENTANG LEBIH ENAK
3.KUPAS KULIT UDANG
4. MENJAGA DAUN SADERI
5.MENGGORENG AYAM
6.MEMILIH TELUR
7. KEKALKAN KESEGARAN UDANG
8. MERANGUPKAN JERING TUA
8. MEMILIH KELAPA TUA
9. MADU TAHAN LAMA
10. BERSIHKAN ISI KUPANG

HILANGKAN KERAK PERIUK
Rebus kulit kentang beberapa minit....kesan kerak akan hilang

KENTANG LEBIH ENAK
Basuh kentang bersama kulit kentang dengan hampas kelapa hingga bersih. Masak bersama kulitnya.

KUPAS KULIT UDANG
Rendam udang selama 10 minit dalam air garam...toskan udang dan kupas kulit udang.

MENJAGA DAUN SALERI
sebelum disimpan, basuh dan toskan terlebih dahulu...masukkan ke dalam bekas, dan masukkan ke dalam peti ais.

MENGGORENG AYAM
Sebelum menggoreng ayam, salut ayam yang telah digaul dengan rempah dengan tepung atau serbuk roti, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 30 hingga 60 minit...dan goreng seperti biasa

MEMILIH TELUR
Lihat kulit yang kesat, apabila digoncang dalamnya padat.

KEKALKAN KESEGARAN UDANG
bersihkan udang, dan kupas kulit, dan gaul dengan gula. kemudian simpan seperti biasa.

MERANGUPKAN JERING TUA
Tanam jering ke dalam tanah atau pasir, biarkan selama 3 hari. Kemu
dian kelurkan dan bersihkan untuk dimakan.

MEMILIH KELAPA TUA
Dapatkan kelapa yang agak bujur seperti telur ayam

MADU TAHAN LAMA
Masukkan beberapa butir padi ke dalam botol madu, dan simpan ditempat yang kering

BERSIHKAN ISI KUPANG
Rendam udang terlebih dahulu selama 10 minit dengan air biasa. Tos dan masak seperti biasa.





1. IKAN BAKAR LEBIH ENAK
2. JEMPUT-JEMPUT LEMBUT DAN ENAK
3. MENGATASI BAU HAMIS DAGING KAMBING
4. ELAK IKAN MASIN DIGORENG HANCUR

IKAN BAKAR LEBIH ENAK
Selepas ikan dibersihkan perapkan beberapa minit dengan sedikit asam jawa sebelum dibakar.

JEMPUT-JEMPUT LEMBUT DAN NAIK
Rendamkan beberapa keping roti dalam air, kemudian gaulkan bersama tepung untuk membuat jemput-jemput. Goreng jeput-jemput seperti biasa.

MENGATASI BAU HAMIS DAGING KAMBING
Kisar daun serai, daun limau purut, dan daun pandan. Campurkan semuanya dalam sedikit tepung gandum, garam, dan air lmau nipis. Perapkan daging dengan bahan tersebut, basuh daging kambing sebelum dimasak.

ELAK IKAN MASIN DIGORENG HANCUR
Taburkan sedikit tepung gandum sebelum menggoreng.

sumber: Majalah Mingguan Wanita


TANAMAN DAPUR

Bercucuk tanam memanglah hobi saya...waktu pagi selepas hantar anak sekolah...saja rehatkan minda melayan pokok-pokok yang ada kat rumah ni....memanglah tak bayak mana tapi tenang rasa fikiran bila kita tengok pokok yang kita tanam membesar......satu lagi waktu petang....memang best....

pokok kacang botol ni da tanam kali kedua...yang lepas dah  tua ...tu yang kemetot jer....

dah mula melilit.....

pokok selasih...sedap dicampur dlam masak lemak nangka muda.....

pokok ulam raja...jiran bagi benih....

pokok limau purut....senang bila nak guna petik jer....

pokok pandan ler....

emmmmm...semua tau...pokok kari

pokok pecah batu...(kalau salah tolong betulkan yer)

pokok cekor...sedap buat urap...

cili ni lain sikit buah dia bulat warna kuning cair

yang ini cili kampung...pedas...

pokok ilam (salom)...kalau salah tolong betulkan yer...



Beberapa tumbuhan berbunga saya.....








Pokok mas cotek ni paling saya sayang....ada orang panggil emmmm...poteng anak dara....sebab buah dia persis macam tu...sori yer....



MAKAN-MAKAN

Bila dah jalan-jalan...perut pun lapar....jadi apa lagi makan time.....










Kenapalah agknya budak-budak suka sangat kat ABC dan spagheti yer....tak kisah ler anak.....

Rabu, 10 April 2013

USIA 7 TAHUN PERTAMA KANAK-KANAK

Anak adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya...setiap anak adalah pinjaman dari-Nya  yang perlu dijaga dan setiap ibu bapa perlu merasa ia adalah satu amanah dan tnggungjawab yang besar dalam usaha mendidik dan menjadikannya seorang insan yang berguna di dunia dan akhirat bersesuaian dengan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, mafhumnya, "Tiga perkara yang akan dibawa oleh anak Adam ketika matinya iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh"

Diketahui...lahirnya anak ke muka bumi adalah dalam kedaan bersih dan fitrah, maka ibu bapalah yang perlu berusaha untuk mengekalkan fitrah itu tanpa dinodai oleh sebarang anasir-anasir negatif. Ibu bapa merupakan mentor kepada anak-anak, kerana setiap gerak geri ibu bapa akan menjadi turutan kepada anak, positif sifat ibu bapa maka positiflah yang diserap kedalam kotak minda mereka, begitulah sebaliknya.

7 tahun pertama kanak-kanak merupakan titik tolak kepada sifat mereka apabila dewasa kelak. Kanak-kanak mempunyai sifat fitrah semulajadi  seperti menangis, tersenyum, dan memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara, seperti terkejut mendengar bunyi bising, dan selesa dengan keadaan yang tenang. Ibu bapa perlu mempunyai ilmu tentang bagaimana untuk mengisi minda separuh sedar mereka dengan perkara positif seperti alunan ayat Quran, zikir, dan memenuhi setiap ruang rumah dengan aura positif. Perkara ini akan memberi impak kepada perkembang emosi dan mental kanak-kanak kelak.
Peringkat seterusnya...kanak-kanak akan membina persepsi kehidupan berdasarkan informasi yang terakam diminda separuh sedar mereka.  Pada peringkat ini mereka akan cenderong menurut setiap perkara yang kerap dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya sekiranya ibu bapa sering melakukan perkara murni seperi mengucapkan salam ketika masuk dan keluar rumah secara berulang-ulang, maka begitulah juga   yang akan dilakukan oleh anak tersebut.

Pada satu peringkat...kanak-kanak akan membina konsep kendiri yang membawa maksud kepercayaan dalam diri, sikap dan penilaian  kanak-kanak terhadap dirinya. Konsep ini terbentuk kesan daripada penilaian mereka terhadap kehidupan seharian dan orang-orang yang hampir kepada mereka seperti ibu bapa. Konsep ini juga memberi kesan kepada keyakinan diri anak, pencapaian akademik, dan pembentukan sahsiah. Pada tahap inilah ibu bapa perlu memastikan anak mempunyai konsep kendiri positif, kerana apabila konsep ini sudah terbentuk agak sukar untuk diubah.Untuk memastikan konsep kendiri positif terbentuk, penyediaan suasana rumah yang positif dan kata-kata positif perlu seiring dengan perbuatan. 

Pada usia 7 tahun pertama inilah, anak-anak perlu dilimpahi dengan kasih sayang, perhatian yang secukupnya dan perlu luangkan masa bermain dengan mereka dan jadikan diri kita sebagai insan yang paling rapat dengan mereka. Input inilah yang akan membantu kita untuk mencorak sikap positif mereka mengikut acuan kita sendiri berlandaskan syariat islam.Limpahan kasih sayang dan gelak tawa yang memenuhi ruang minda mereka akan membantu dalam proses perkembangan minda yang sihat kesan daripada rasa selamat dan ketenangan yang diperolehi dari institusi keluarga.

Asas kasih sayang yang kukuh ini selanjutnya akan memudahkan ibu bapa untuk menunaikan tanggungjawab yang seterusnya untuk mendisiplinkan anak pada peringkat 7 tahun keatas.Semoga kita akan menjadi ibu bapa yang mendidik anak-anak berlandaskan ilmu, yang akhirnya akan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah......amin...