Rabu, 10 April 2013

USIA 7 TAHUN PERTAMA KANAK-KANAK

Anak adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya...setiap anak adalah pinjaman dari-Nya  yang perlu dijaga dan setiap ibu bapa perlu merasa ia adalah satu amanah dan tnggungjawab yang besar dalam usaha mendidik dan menjadikannya seorang insan yang berguna di dunia dan akhirat bersesuaian dengan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud, mafhumnya, "Tiga perkara yang akan dibawa oleh anak Adam ketika matinya iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh"

Diketahui...lahirnya anak ke muka bumi adalah dalam kedaan bersih dan fitrah, maka ibu bapalah yang perlu berusaha untuk mengekalkan fitrah itu tanpa dinodai oleh sebarang anasir-anasir negatif. Ibu bapa merupakan mentor kepada anak-anak, kerana setiap gerak geri ibu bapa akan menjadi turutan kepada anak, positif sifat ibu bapa maka positiflah yang diserap kedalam kotak minda mereka, begitulah sebaliknya.

7 tahun pertama kanak-kanak merupakan titik tolak kepada sifat mereka apabila dewasa kelak. Kanak-kanak mempunyai sifat fitrah semulajadi  seperti menangis, tersenyum, dan memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara, seperti terkejut mendengar bunyi bising, dan selesa dengan keadaan yang tenang. Ibu bapa perlu mempunyai ilmu tentang bagaimana untuk mengisi minda separuh sedar mereka dengan perkara positif seperti alunan ayat Quran, zikir, dan memenuhi setiap ruang rumah dengan aura positif. Perkara ini akan memberi impak kepada perkembang emosi dan mental kanak-kanak kelak.
Peringkat seterusnya...kanak-kanak akan membina persepsi kehidupan berdasarkan informasi yang terakam diminda separuh sedar mereka.  Pada peringkat ini mereka akan cenderong menurut setiap perkara yang kerap dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya sekiranya ibu bapa sering melakukan perkara murni seperi mengucapkan salam ketika masuk dan keluar rumah secara berulang-ulang, maka begitulah juga   yang akan dilakukan oleh anak tersebut.

Pada satu peringkat...kanak-kanak akan membina konsep kendiri yang membawa maksud kepercayaan dalam diri, sikap dan penilaian  kanak-kanak terhadap dirinya. Konsep ini terbentuk kesan daripada penilaian mereka terhadap kehidupan seharian dan orang-orang yang hampir kepada mereka seperti ibu bapa. Konsep ini juga memberi kesan kepada keyakinan diri anak, pencapaian akademik, dan pembentukan sahsiah. Pada tahap inilah ibu bapa perlu memastikan anak mempunyai konsep kendiri positif, kerana apabila konsep ini sudah terbentuk agak sukar untuk diubah.Untuk memastikan konsep kendiri positif terbentuk, penyediaan suasana rumah yang positif dan kata-kata positif perlu seiring dengan perbuatan. 

Pada usia 7 tahun pertama inilah, anak-anak perlu dilimpahi dengan kasih sayang, perhatian yang secukupnya dan perlu luangkan masa bermain dengan mereka dan jadikan diri kita sebagai insan yang paling rapat dengan mereka. Input inilah yang akan membantu kita untuk mencorak sikap positif mereka mengikut acuan kita sendiri berlandaskan syariat islam.Limpahan kasih sayang dan gelak tawa yang memenuhi ruang minda mereka akan membantu dalam proses perkembangan minda yang sihat kesan daripada rasa selamat dan ketenangan yang diperolehi dari institusi keluarga.

Asas kasih sayang yang kukuh ini selanjutnya akan memudahkan ibu bapa untuk menunaikan tanggungjawab yang seterusnya untuk mendisiplinkan anak pada peringkat 7 tahun keatas.Semoga kita akan menjadi ibu bapa yang mendidik anak-anak berlandaskan ilmu, yang akhirnya akan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah......amin...





Selasa, 9 April 2013

FAMILY PHOTO



SEKITAR HARI JADI PUTERI SULUNG

Tanggal 28 February 2013 genap umur 6 tahun Anaylly. puteri sulung kami. Sambutan dibuat biasa sahaja...di rumah. Bagi kami ingatan terhadap tarikh Hari Lahir adalah sangat bermakna dibandingkan dengan yang lain-lain.
Inilah dia puteri sulung kami semsa bangun dari tidur

Kek harijadi Anaylly

Gaya birthday girl potong kek...bersama puteri bongsu kami Allyssa dan abah tersayang..





GELAGAT ANAK
















PROGRAM GERAK TARI PRA SEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH


Program ini dijalankan pada 21 mac 2013 di Sekolah Kebangsaan Demang Taha Masjid Tanah, Melaka.

Bersemangat semua kanak-kanak ni... 
Senamrobik ikut irama "shine bright like a diomand"

Sebelum tu...make up sikit...

bergambar sebelum pergi ke Demang Taha

Adik pun nak join juga...

Sementara menunggu giliran membuat persembahan

Kecewa sikit..sebab tak dapat ke peringkat seterusnya..

JALAN-JALAN 

 Gambar in diambil pada 23 Mac 2013 di Jusco Cheras...seronok budak-budak ni....





Semasa bermain tak ingat penat...selepas bermain masuk saja dalam kereta...terus lena...sedar-sedar dah pun sampai di Melaka...rumah kami...














BERGAMBAR DI TAMAN RAMA-RAMA MELAKA

sampai jer kat sini kena like diorang punya website....

dekat kawasan nilah terdapat banyak rama-rama

berehat sebentar sambil tengok rama-rama kat bunga raya tu...



tunjuk rama-rama warna kuning

ada banyak ikan koi yang cantik-cantik kat Koi Garden

telur Emu






ada beberapa turtle dalam aquarium ni..

bergambar dengan kumbang raksaksaksa..



BERIADAH DI ALAM

7 April 2013


Hujung minggu adakalanya tak tahu nak buat apa...lebih-lebih lagi pada hari Ahad....sebab kebiasannya hari Ahad kami sekeluarga jarang ke mana-mana kerana persediaan untuk hari Isnin bagi si suami yang akan bekerja dan si anak yang akan ke sekolah.....jadi kami hanya ke ALAM untuk beriadah....