Selasa, 9 Julai 2013

RAJIN SUNGGUH "ANNALLYSSA"

6 Julai 2013, 3 hari lagi untuk berpuasa di bulan ramadhan, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman di Kluang, Johor untuk melaksanakan rutin membersihkan kubur Almarhum ibu dan bapa mertua.







Gembira sungguh ANNALLYSSA melakukan krja-kerja pembersihan, pertama kali lah katakan. Bagaimanapun ada perkara yang tidak berapa menyenangkan, selang satu hari selepas operasi pembersihan termasuklah mengecat kubur, ct mengetahui bahawa makruh hukumya mengecat kubur.

"Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya" (atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulsi keatasnya)[hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62, Abu Daud 2/71, al-Nasaai 1/286-284, al-Tirmudzi 2/155, al-hakim 1/370, Ahmad 3/332.339,399 - Dua2 tambahan oleh abu Daud & al-Nasaai, dan yang pertama oleh al-Baihaqi]

untuk bacaan lanjut sila klik http://groups.yahoo.com/group/Islamic-ebook/message/4242

Oleh kerana kami sekelurga dah pun selesai melakukan perkara tersebut, maka jadikanlah ia sebagai pengajaran...dan janganlah diulangi lagi kesilapan tersebut. Bagaimanapun ia merupakan pengalaman baru untuk ANNALLYSSA, membersihkan kubur arwah atuk dan neneknya. Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan