Khamis, 4 Disember 2014

COSMEDIC CLINIC MELAKA, KLINIK PAKAR KULIT MAMPU BAYAR....


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Alahan pada kulit wajah adalah satu mimpi buruk kepada kaum wanita. Kali ini Ct nak kongsikan pengalaman Ct yang telahpun mengalami masalah kulit wajah yang boleh dikatakan agak serius. Kisah bermula selepas Raya Aidilfitri 2014. Biasalahkan sebelum balik bercuti panjang sediakan stok krim muka. Tak sangka pulak set ke-empat yang Ct guna meninggalkan kesan alahan pada wajah. Pada peringkat awal ruam timbul, dan lama-kelamaan timbul jerawat hingga penuh di kawasan yang paling kerap kita tepek krim tu.


Risaunya hati pada masa tu Tuhan sahaja yang tahu. Pada masa ni suami jer ler tempat mengadu kerisauan. Atas nasihat seorang rakan saya ke klinik berjumpa doktor, tapi bukan pakar kulit, jadi kesan tak seberapa...alahan masih terus berlaku. Langkah seterusnya ke Farmasi, pun tak berkesan.

setelah 4 set Ct guna....kesannya sekarang Ct dapat.....
(mungkin ia sesuai dengan kulit orang lain)

Antara produk yang Ct guna untuk atasi alahan masalah kulit muka Ct....tetapi gagal
(mungkin ia sesuai dengan orang lain)

Akhir sekali Ct dapat informasi dari seorang rakan yang memperkenalkan Ct pada COSMEDIC CLINIC di Jalan Ong Kim Wee, Melaka. (Tel: 06 284 7478). Ct telefon no tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kos rawatan yang diperlukan. Alhamdulillah kos tidak terlalu mahal dengan kata lain mampu bayar.  Setelah berbincang dengan suami, kata sepakat diambil. Suami bersetuju menanggung seluruh kos rawatan kulit Ct. 

consultation Hours
Pada 29 December 2014 Ct pergi ke COSMEDIC CLINIC. Setelah berbincang dengan Dr. Shonali Sahni langkah pertama yang perlu dilakukan adalah CHEMICAL PEELING. Setelah selesai ubat diberi dan perlu diambil dengan betul. Alhamdulillah dalam masa lima hari sudah nampak perbezaan di kulit wajah Ct. Walaupun masih ada kesan hitam, tetapi jerawat yang mengandungi nanah sudah taida. Lagipun Dr. Shonali kata perlukan tempoh masa dua bulan untuk pulih.

cosmedic clinic

di hadapan cosmedic clinic

Ubat yang dibekalkan

krim siang merangkap sun block

krim malam
ubat makan....antibiotik ....satu biji sekali makan dua kali sehari.
 Bersama ini ada dibekalkan ubat tahan gatal (sudah habis)

pencuci muka....dua kali sehari


Kepada pembaca yang nak membuat kira-kira tentang kos rawatan ini, Kali pertama Ct pergi ke sini kos rawatan termasuk ubat dan CHEMICAL PEELING adalah RM465, dan rawatan susulan tiga minggu sekali perlu dibuat dan menurut doktor ia mengambil masa dua bulan. Dan menurut pembantu doktor pula, rawatan susulan jika kita inginkan CHEMICAL PEELING adalah rm200. He..he...kita boleh kira sendiri kan....kalau rasa nak kurangkan kos...pada rawatan pertama lagi boleh tolak rawatan CHEMICAL PEELING.....tapi kalau rawatan pada pertama kalinya kita dah ambil CHEMICAL PEELING....perlu teruskan pada rawatan susulan.

Semoga dengan adanya entry ini dapat membantu sedikit sebanyak para pembaca yang mengalami masalah sama seperti Ct. Pengalaman alahan pada kulit wajah Ct ini, membuka mata Ct supaya jangan sesekali mencuba apa sahaja jenis produk tanpa nasihat doktor. Hanya mereka yang pakar sahaja tahu jalan penyelesaiannya. InSyaAllah Ct akan update perkembangan Ct dari masa ke semasa. Bagi Ct masa 2 bulan yer. Lagi satu sebelum Ct terlupa..... Dr. Shonali Sahni very beautiful like  bollywood star......hehe.....kulit muka memang A+++++.....hihi...dan yang paling penting kita rasa selesa berurusan dengannya.

Untuk perkembangan rawatan Ct dan simptom-simptom awal masalah kulit Ct....klik sini 





16 ulasan:

  1. saya pun pernah kena mcm ni bila guna kosmetik beli online . mula2 ruam , pas tu kulut mengelupas tetiba keluar lak jerawat sedangkan sblm ni kulit sis mmg kebal segala jenis kosmetik . bila berhenti guna . hilang sikit2 tapi jerawat tu masih rajin timbullah klu tgn gatak pi picit n usik . yg x bestnya jerawat tu tinggalkan kesan lah ... ermm .

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah vee...mesti akan tinggal kesan....kesan tu yang lama nak hilang...so sekarang macam mana vee?.....ct beli kat spa produk tu....tak tau mana silapnya....pernah satu ketika orang kata..."awak kena chicken pox ker"....adohai...nampak sangat ler tu kesan jerawatnya....last-last malas nak layan cakap jer "yer"..hehe

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah..sekarang dah bertambah ok sis jerawat semua dah mati...cuma tinggal parut jerawat...doktor kata kesan jerawat ambil masa 2-4 bulan utk hilang

      Padam
  3. Assalam..
    kalau mula2 kita set appoinment dgn doktor tu just untuk consultation (x terus buat rawatan), berapa ye range harganya? Tengah mencari2 rawatan untuk jeragat.dah cuba macam2 krim tapi takde perubahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hafshah Muhamad...consultation fee hanya rm30....lepstu kalau kita nak teruskan atau tak..terpulang pada kita...cubalah....semoga mendapat penawarnya.

      Padam
    2. hafshah muhamad.....saya phn prnah mengalami masalah jeragat ni..dh mcm2 produk saya guna..tp dah jmpa satu produk ni dn dh pakai 2 tahun ..aalhamdulillah...kulit muka dh licin dn bersih..sila hubungi saya whatsapp 0166609249

      Padam
    3. hafshah muhamad.....saya phn prnah mengalami masalah jeragat ni..dh mcm2 produk saya guna..tp dah jmpa satu produk ni dn dh pakai 2 tahun ..aalhamdulillah...kulit muka dh licin dn bersih..sila hubungi saya whatsapp 0166609249

      Padam
  4. kak siti kalau amik ubat shaja.anggaran brapa rnggit ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sory sis eqah..lambat reply...lain kali kalo nak tanya apa-apa terus ke fb akak yer....fb selalu buka..kalo blog ni kengkadang lambat bukaknya...ok sis..peringkat permualaan ubat sahaja anggaran Rm300...tapi ubat tu semuanya tahan lebih kurang 4-5 bulan.....kemudian cuma perlu buat rawatan susulan...termasuk consultation fee lebih kurang rm200 lah macam tu..senang cakap kalo dah start rawatan..setiap bulan kena sediakan rm200.... selamat menjalani rawatan yer sis....salam perkenalan juga...

      Padam
  5. Salam sis...kalau masalah baby kulit alahan mahal x kos dia kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau masalah alahan kulit baby...saya tak pasti.....apa kata sis fazlyza call no yg ada tu...tanya kat pembantu doktor...pembantu kat cosmedic ni sangat friendly...cubalah yer...

      Padam
  6. sy nk buat rawatan kulit kepala sy..rmbut gugur..pastu brtompok2..boleh sy thu coz nya...

    BalasPadam
  7. sy nk buat rawatan kulit kepala sy..rmbut gugur..pastu brtompok2..boleh sy thu coz nya...

    BalasPadam
  8. Hi.. boleh Saya Tau anggaran cost untuk yg sakit kulit gatal2 mcm kurap berapa yer?

    BalasPadam
  9. Assalam, nak tnya selama breakout, awak jaga makan ke

    BalasPadam