Selasa, 23 Julai 2013

BUKU: KETERAMPILAN WANITA ALAF BARU

Salam sayang untuk semua....

Kali ini ct ingin berkongsi tentang ilmu kewanitaan yang saya dapat dari buku yang berjudul "Keterampilan Wanita Alaf Baru" hasil penulisan Abd. Rahim Ad Rashid. Buku ini banyak memberi garis panduan kepada para wanita masa kini dalam usaha membentuk imej diri yang lebih bersifat progresif, dinamik, dan berdaya saing. Kepesatan era globalisasi tidak menyekat para wanita untuk sama-sama bergerak, selari dengan arus permodenan disamping menjalankna  tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Buku ini juga tidak lain adalah untuk membuka mata wanita bahawa mereka mampu mengangkat status sosial mereka, dihormati, dan dihargai oleh masyarakat selaras dengan Dasar Pembangunan Wanita.


Antara pengisian yang menarik minat ct adalah..."Bilakah Peranan Ibu Bermula". Penulis menerangkan bahawa peranan ibu bermula seawal proses kehamilan, manakala peranan seorang bapa pula bermula seawal ketika bapa mencari pasangan hidupnya untuk dijadikan isteri secara tidak langsung menjadi ibu kepada anak-anaknya. Pada peringkat ini bapa disuruh oleh Rasulullah SAW untuk memilih isteri yang mempunyai empat perkara iaitu, harta, keturunan, kecantikan, dan agama.

Seorang ibu yang mengandung perlu memainkan peranannya dengan menjaga kesihatannya dari segi pengambilan makanan yang berzat, dan menjauhkan diri dari pelbagai penyakit berbahaya yang boleh merosakkan kesihatan bayi yang dikandungya.  Sebaik-baiknya ibu mengandung perlu selalu tenang dan gembira serta kerap membaca al-quran, agar anak di dalam kandungan didodoikan dengan ayat-ayat Allah SWT. Ibu juga perlu sentiasa memohon doa dari Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh.

Peringkat seterusnya adalah disaat kelahiran bayi. Ibu bapa perlu menyambut anak itu dengan penuh kesyukuran, diazan atau dikamatkan, diberi nama, dan dicukuri rambutnya dan diakikahkan, serta pelbagai lagi tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa islam.

Seterusnya ketika proses perkembangan anak. Ibu perlu sentisa memerhatikan perkembangan anak-anak samada dari sudut fizikal, mental, emosi, dan rohani. Ibu boleh mendorong perkembangan tersebut dengan pelbagai cara, antaranya:
  • Bercakap dengan mereka
  • Mengajuk suara
  • Memberi senyuman
  • Mencium
  • Memeluk
  • Melihat mata
  • Memberi perhatian terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh mereka
  • Menyediakan suasana bilik yang boleh mendorong perkembangan emosi dan mental
  • Menyediakan permainan yang boleh memperkembangkan fizikal, mental, emosi, dan kerohanian anak-anak
  • Bercerita kepada anak-anak
  • Membaca buku cerita untuk anak-anak
  • Mengajar doa-doa pendek.
Apabila anak-anak berumur 6 tahun ke atas bolehlah diajarkan:
  • Al-Quran
  • Cara-cara beribadah
  • Unsur-unsur moral melaui penceritaan
  • Melayan soalan-soalan yang dikemukakan anak-anak
Ct berharap dengan perkongsian, kita semua mampu menjadi ibu bapa yang berjaya mencorak masa depan anak-anak kita mengikut landasan yang betul.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan