Salam sayang....
Sebagai ibu kepada 2 orang puteri, Nur Annaylly 6 tahun dan Nur Allyssa 5 tahun yang Ct gelarkan mereka di blog dan face book saya sebagai ANNALLYSSA, ilmu tentang tips penjagaan anak dan keharmonian keluarga amat saya cari. Disini Ct ingin kongsikan tentang betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa mendengar pandangan anak. Idea ini saya baca dari buku yang berjudul "Sebelum Anak Derhaka - Nasihat untuk ibu bapa" yang ditulis oleh Dr. Sa'ad Karim.
Dalam isi kandungan yang berjudul "Mendengar Pandangan Anak-anak ini ada menyelitkan Firman Allah SWT:
"Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka disebabkan rahmat daripada Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu"
Ia juga ada menyentuh tentang ibu bapa merupakan faktor terpenting dalam membentuk jatidiri dan keyakinan anak-anak. Adalah amat penting bagi anak-anak kita memberikan pendapat mereka, dan ini secara tidak langsung akan dapat membentuk keperibadian dan menanamkan perasaan percaya pada diri sendiri.
Saya berpendapat sikap ini hanya akan terbentuk sekiranya ibu bapa berjaya memainkan peranan mereka dengan mendengar dan menerima pandangan mereka, dan pada masa yang sama, seandainya pandangan mereka kurang wajar haruslah disertakan dengan fakta dan penjelasan yang sesuai dengan umur mereka, agar mereka tidak merasakan bahawa mereka tidak diendahkan, tidak pandai, dan berbagai lagi sikap negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.
Sikap suka mendengar pandangan anak ini juga akan memberikan kesan pada jangka masa panjang dimana anak-anak akan lebih hormat pada ibu bapa mereka kesan daripada sikap hormat ibu bapa kepada anak-anak.
Terdapat banyak lagi tips penjagaan anak di dalam judul kecil yang terkandung dalam buku ini, dan akan saya kongsikan di post yang akan datang. Semoga kita akan sama-sama meningkatkan ilmu keibu bapaan untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan