Salam untuk semua...
Kali ini Ct nak kongsikan isi kandungan buku yang Ct pinjam dari perpustakaan Awam Masjid Tanah, Melaka...keluaran Al-Hidayah.
PETUA MENGAMBIL UBAT
1. Bagi pokok-pokok yang ada beberapa jenis keadaannya seperti batang dan bunganya berwarna putih , maka yang berwarna putih melebihi pokok yang berwarna merah dan kuning, misalnya cempaka putih.
2. Akar kayu itu terbahagi dua: iaitu akar dalam tanah dan akar di luar yang tergantung, maka akar dalam tanah adalah menjadi ubat sedangkan akar yang tergantung terkadang ,mengandungi racun.
3. Pokok-pokok yang tumbuh di pulau-pulau kecil yang dikelilingi lautan adalah lebih tinggi khasiatnya melebihi pokok-pokok di daratan yang jauh dari laut.
4. Pokok Semeru Gajah hendaklah diambil dan dipotong dengan bahan bukan besi seperti tembikar, tanduk dan sebagainya agar khasiatnya kekal penuh, berbeza dengan pokok-pokok lain.
5. Untuk perhatikan pokok-pokok itu beracun atau tidak, perhatikan kepada sikap binatang. Jika dimakan oleh haiwan maka pokok itu tidak beracun. Kambing tidak memakan daun tembakau, sesudah dihidu dan diketahuinya daun itu merbahaya kepadanya.
6. Akar, ranting atau daun yang menghadap ke matahari terbit adalah lebih baik daripada yang menghadap ke matahari jatuh. Ini kerana pokok yang menghadap matahari lebih mendapat pancaran matahari.
7. Membaca Bismillah ketika hendak mengambil ubat-ubatan diikuti dengan tahmid, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan tujuan memohon pada Allah akan ubat yang sesuai dengan penyakit.
Kemudian sekali lagi dibacakan Bismillah ketika meramukan ubat dan dikala hendak menggunakannya, samada diminum, digosok, atau ditempelkan.
Semua bahan ubatan yang diambil itu henaklah dibersih dan dikerinkan lebih dahulu satau dijemur dipanas matahari agar tenaga dan kekuatannya bertambah dan tidak berbau atau dirasa tidak enak semasa dimakan atau diminum sesudah direus. Dan adalah elok memasukkan 1-3 kuntum bunga cengkeh bagi mewangikan ubat dan mengenakkan rasa serta memanaskan badan. Jika perlu diasahkan sedikit kemenyan (getah kayu) untuk penyebatian, pengaktif dan penyegar ramuan ubat atau penawar.
Sabtu, 30 November 2013
NAK NAIK KAPAL LAGI KER???
Salam untuk semua...
Masuk hari ni dah 3 hari duduk rumah dengan anak-anak jer...Suami outstation untuk recruitment ALAM jauh nun di perlis tu hah... Adeh bosan sungguh rasanya di rumah ni...memanglah ada kereta, motor untuk pergi jalan-jalan tapi macam tak best pulak tanpa suami.
Soalan Naik kapal lagi ker??? ni saya tujukan khas untuk suami...selalu diwar-warkan nak naik kapal lagi...menurut suami kalau naik kapal gaji memang best. Buat pembaca yang belum tahu suami Ct dulu kerja dengan MISC bhd. belayar sentiasa, jarang-jarang jumpa daratan, di lautan sentiasa. Selepas berumahtangga lebih kurang 6 bulan belayar bersama Ct kemudian berhenti, untuk cerita lanjut klik sini..kisah Ct dan suami di kapal Puteri Firus Satu.
Nak dijadikan cerita..suami kena outstation cuti sekolah ni..dapatlah bayangan kalau suami naik kapal semula...fuh!!! Tuhan jer yang tahu perasaan ni. Baru 3 hari tak ada, rasanya lambat sungguh jam berputar. Dipendekkan cerita memang tak dibenarkan suamiku untuk naik kapal lagi. Paling cepat 3 bulan baru jumpa. Jangan kata anak-anak tak boleh terima kita sendiri pun belum tentu boleh.
Bagaimanapun Ct kagum denga para isteri yang suami bertugas nun jauh dan jarang berjumpa. Kesabaran dalam mendidik anak-anak memang amat perlu ketika ketiadaan suami. Kadang-kadang terfikir juga mungkin terjadinya kes dera disebabkan stres mendidik dan menjaga anak ketika suami tiada. Fikir-fikirkanlah..kehadiran suami amat penting dalam apa jua situasi.
![]() |
seronok kat promenade ni...luas pemandangan |
![]() |
cantikkan pemandangannya |
![]() |
posing sungguh |
SI MERAH DAH KELUAR,,,,
Tempohari Ct ada post entry pokok pokok kacang purple...rupa-rupanya kacang panjang merah...ini dia buahnya
![]() |
inilah dia buah kacang panjang merah |
![]() |
kalau dibiarkan hingga tua terhasilllah kacang merah ni (gambar ehsan google) |
![]() |
senang tanam pokok ni..tak perlu baja pun hidup subur |
![]() |
boleh tahan juga buah nyer...Alhamdulillah
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pokok ni...klik sini. Ct pun baru tahu kacang merah asalnya dari pokok kacang merah ni....
|
Jumaat, 22 November 2013
CUBA TEKA
Khamis, 21 November 2013
DAH MULA MELILIT
As salam untuk semua...
Kali ni Ct cum nak kongsikan gambar pokok kesayangan Ct...
Tempoh hari di tempat yang sama Ct tanam pokok kacang botol sekarang ni tukar pokok ni pula...kacang panjang warna purple...nanti bila dah berbuah In Sya Allah Ct post...
Kali ni Ct cum nak kongsikan gambar pokok kesayangan Ct...
ta..da.....dulu pokok kacang botol sekarang pokok kacang panjang pulak... |
inilah dia pokok kacang purple...tak sabar nak tunggu dia berbuah |
![]() |
pokok kacang botol tempohari |
Ini pula pokok orkid dah banyak putik bunga seronok sungguh |
Ini antara bunga orkid yang dah kembang |
Ini pun sama |
MY 8th ANNIVERSARY
As salam....untuk semua...
20.11.2013...genap 8 tahun kami bergelar suami isteri...Alhamdulillah Ct dianugerahkan suami yang bertanggungjawab dan anak-anak yang comel sempurna. Sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami suami memberi Ct pilihan untuk dinner di mana. Apalagi terus terlintas..Secret Recipe ler...Nasib baiklah ada Secret Recipe berdekatan tempat tinggal kami, baru jer dibuka, jadi kalau nak sambut apa-apa event seperti hari jadi ker senang sikit. Kalau nak diikutkan ada satu lagi pilihan di restoran terapung di Port Dickson pun menarik juga tempatnya...tapi memandangkan anak-anak lebih suka Secret Recipe...ikutkan jer la...
For my beloved husband, terima ksih kerana memberikan yang terbaik untuk kami semua...dari masa ke semasa Ct dapat rasakan perbezaan hidup kita sekeluarga...Alhamdulillah berkat usaha kerajinan abang dan keberkatan dariNya kita sekeluarga sentiasa dilimpahi Rahmat dariNya. Semoga ikatan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat.
20.11.2013...genap 8 tahun kami bergelar suami isteri...Alhamdulillah Ct dianugerahkan suami yang bertanggungjawab dan anak-anak yang comel sempurna. Sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami suami memberi Ct pilihan untuk dinner di mana. Apalagi terus terlintas..Secret Recipe ler...Nasib baiklah ada Secret Recipe berdekatan tempat tinggal kami, baru jer dibuka, jadi kalau nak sambut apa-apa event seperti hari jadi ker senang sikit. Kalau nak diikutkan ada satu lagi pilihan di restoran terapung di Port Dickson pun menarik juga tempatnya...tapi memandangkan anak-anak lebih suka Secret Recipe...ikutkan jer la...
Inilah permata hati kami Nur Annaylly dan Nur Allyssa aka ANNALLYSSA |
posing khas sempena Anniversary sendiri |
suap suami yang selalu menjanjikan yang terbaik untuk kami sekeluarga,,,terima kasih my dear... |
ANNALLYSSA nak ice krim sampai tak terhabis banyak rupanyer... |
tengok mak dia suap abah...Annaylly pun nak suap juga. tapi kek kat sini memang terbaek!!..sedap sungguh |
sementara menunggu main menu |
kid's burger dan ice cream smarties treats (Allyssa order) |
lasagna beef dan caramel latte (kegemaran suami) |
black paper chicken dan fruit punch (Ct punya) |
grill mushroom chicken dan ice cream double delight (Annaylly order) |
Ahad, 17 November 2013
ALAM FAMILY DAY
16 hb 11 2013..Family Day Alam (Akademi Laut Malaysia). Ia diadakan di Bayou Lagoon park Resort
sementara tunggu sukaneka bermula mandi manda dulu |
walaupun panas...anak-anak seronok bermain |
dengan kawan-kawan |
artis jemputan Ery Putra... |
Turn suami jaga anak |
di bawah pancuran air.... |
rumah merah dianggotai ANNALLYSSA mengungguli acara.... |
Antara acara sukaneka ibu bapa "the mummy returns" |
Tahniah ANNALLYSSA!!! |
Tu dia...hadiah anak...swiss roll dgn coklat cadbury...
Dinner time.....
|
Isnin, 11 November 2013
MAJALAH 3!!!!! SATU MASA DAHULU.....
As Salam semua...
Sebenarnya kan Ct rasa nak tergelak bila tengok balik video yang Ct kena interview tu...Suami mmang cukup suka ulang tayang bab siti bercakap tu...aduhai nampak berlagak jer muka tu....tapi sebenarnye bukan berlagak..nervous yang teramat sangat..maklum ler first time...
Apapun Ct bersyukur sangat sebab berpeluang menimba pengalaman berada di lautan di dalam kapal yang teramat besar. Hihihi yang paling best dapat melawat negara orang...kalau tak sampai sekarang pun rasanya tak dapat jejakkan kaki ke Japan dan Korea. Nak ke Bintulu Sarawak pun agaknya tak nampak jalannya.
Kredit untuk Mr.Osman bin Ahmad (suami) dan MISC Bhd..juga semua krew di L.N.G.C SS (Liquefied Natural Gas Carrier Steam Ship) Puteri Firus Satu pada masa tu tak lupa juga pada Mr. Abdullah Sidek Majin dan krew Majalah 3...TQVM...
![]() |
Kadet sedang mempelajari 'windlass system' |
![]() |
suami (coverall merah) dengan C/O Kapal Bunga Mas 6 |
![]() |
suami posing |
![]() |
kadet perempuan DNS 13 |
![]() |
Kadet ALAM (Akademi Laut Malaysia) Tahun akhir |
Melihat gambar-gambar suami bersama pelajar-plajar ALAM (Akademi Laut Malaysia), teringat satu masa dahulu (tahun 2006) ketika baru-baru bergelar isteri. Masa tu ikut suami pergi belayar, suami bekerja sebagai "second mate" pegawai kedua di MISC Bhd. Ct berpeluang menaiki L.N.G.C SS (Liquefied Natural Gas Carrier Steam Ship) Puteri Firus Satu. Puas jugalah belayar selama lebih kurang 5 bulan. Tapi sayang sekali sekeping gambar pun tak ada...tak tahu mana hilangnya...huhuhu...sedih sungguh. Masa ni kapal yang Ct naik ni membawa LNG (Liquified Natural Gas) atau dikenali sebagai CH4 methane dari Bintulu Sarawak ke Japan (Tokyo Bay-Sodeagaura, Higashi Oghishima dan Nagoya-Himeji) Korea (Incheon, Pyeong Teak) dan Taiwan (Koahsiong-Yun An)
Perjalanan kapal dari Bintulu Sarawak memakan masa lebih kurang seminggu untuk sampai ke Japan, dan seminggu lagi untuk sampai ke Bintulu Sarawak semula...Begitu juga perjalanan ke Korea tetapi hanya memakan masa 3 hari ke Taiwan. Sepanjang perjalanan apa yang Ct boleh lihat adalah lautan dimerata tempat dan tak diketahui mana daratan...Alhamdulillah sesampai di Japan dapatlah merasa kedinginan salji walaupun musim salji sudah pun sampai dipenghujungnya. Yang sangat best nya Ct dapat menikmati pemandangan cantik bunga Sakura di Himeji (bandar di kaki gunung Fuji). Tapi sayang semua gambar tak dapat dikesan...Ni pun nasib baiklah ada simpan rakaman Majalah 3 ..."snap shot" gambar jer lah...
![]() |
gambar ehsan google |
![]() |
gambar ehsan google |
![]() |
pandangan dari bridge |
![]() |
super structure pandangan dari port side manifold camera |
![]() |
main deck dengan cryogenic LNG piping system |
![]() |
Abdullah Sidek Majin pengacara selaku penerbit Majalah 3 ketika itu |
![]() |
lunch time...ct dan suami (masa ni makan tak rasa apa-apa...nervous punya pasal) |
![]() |
Officer Dining Saloon |
![]() |
Officer Dining Saloon and Messroom |
![]() |
Chief Officer Safety Briefing |
![]() |
pandangan dari Port Bridge Wing |
![]() |
krew kapal bermain futsal di Stbd fwd Main Deck |
![]() |
Piracy Alert Coverage di anjungan (bridge) |
![]() |
sesi temuramah dengan pengacara (bukan berlagak yer tapi nervous) |
![]() |
Nilah saya..pelakon tambahan yang tak sampai 2 minit tu... |
![]() |
Main Table ketika dinner |
![]() |
penggambaran di ALAM |
![]() |
pelajar ALAM |
Apapun Ct bersyukur sangat sebab berpeluang menimba pengalaman berada di lautan di dalam kapal yang teramat besar. Hihihi yang paling best dapat melawat negara orang...kalau tak sampai sekarang pun rasanya tak dapat jejakkan kaki ke Japan dan Korea. Nak ke Bintulu Sarawak pun agaknya tak nampak jalannya.
Kredit untuk Mr.Osman bin Ahmad (suami) dan MISC Bhd..juga semua krew di L.N.G.C SS (Liquefied Natural Gas Carrier Steam Ship) Puteri Firus Satu pada masa tu tak lupa juga pada Mr. Abdullah Sidek Majin dan krew Majalah 3...TQVM...
Langgan:
Catatan (Atom)